-About us . All rights reserved. Disclaimer . Copyright © 2008 PerkahwinanKu.biz-
Kan Kahwin?Alhamdulillah...
Pendaftaran Kursus Nikah

Dimana Mendaftar?

Bakal pengantin yang ingin mengikuti Kursus Kefahaman Keluarga (Pra-Nikah) hendaklah terlebih dahulu
membuat pendaftaran di Bilik No. 106,Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga,Jabatan Hal Ehwal Syariah
yang terletak di Lantai Bawah (Ground Floor)Bangunan Jabatan Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal
Ehwal Ugama (Lama),Jalan Elizabeth II,Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam mengikut
jadual yang telah ditetapkan bagi yang bermastautin di Daerah Brunei Muara manakal yang di Daerah lain,
boleh lah mendaftar di Pejabat Ugama di Daerah masing-masing.



Kelayakan?

1. Pemohon/pasangan hendaklah menetap/berasal dari Daerah masing-masing.

2. Pemohon/pasangan berasal dari luar negeri dikehendaki menyertakan Surat Kebenaran Bagi
Menghadiri Kursus Pra-Nikah di Negara Brunei Darussalam daripada pihak berkenaan di negara asal
mereka atau memadai dari pejabat perwakilan kedutaan mereka di Negara Brunei Darussalam sahaja.

3. Pemohon/pasangan yang berasal dari luar daerah hendaklah menyertakan surat kebenaran bagi
mengikuti Kursus.

4. Surat kebenaran kursus di luar daerah dari pihak berkenaan hendaklah ditujukan kepada Ketua
Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga semasa membuat permohonan.



Prosedur Pendaftaran Kursus Pra-Nikah

1. Setiap pemohon dikehendaki menunjukkan resit pembayaran pendaftaran nikah yang dibuat di
Mahkamah Rendah Syariah semasa mengambil Borang Permohonan Kursus Pra-Nikah di Bahagian
Khidmat Nasihat Keluarga. Manakala bagi pemohon yang berasal dari
luar daerah hendaklah membawa
bersama
surat kebenaran bagi mengikuti Kursus Pra-Nikah di luar daerah dari pihak berkenaan di daerah
asal mereka.

2. Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan mereka dan menghadapkannya ke Bahagian
Khidmat Nasihat Keluarga bagi proses pendaftaran. Setelah selesai mendaftar pemohon akan diberikan
borang khas bagi tujuan pendaftaran setiap kali mereka menghadiri Kursus Kefahaman
Keluarga(Pra-Nikah) dan memastikan borang tesebut
dicop dan ditandatangani oleh pegawai bertugas di
pintu masuk dewan Kursus Pra-Nikah diadakan pada setiap kali menghadiri Kursus tersebut mengikut
jadual yang ditetapkan.

3. Borang yang lengkap adalah bagi kegunaan peserta kursus mengambil
Sijil Nikah mereka di Mahkamah
Rendah Syariah.




Tempat-Tempat Kursus di Setiap Daerah

Daerah Brunei dan Muara:
: JAME' ASR HASSANIL BOLKIAH KG KIARONG
: MASJID KAMPONG PERPINDAHAN LAMBAK KANAN
: MASJID AL-AMEERAH AL-HAJAH MARIAM, KG JERUDONG
: MASJID STKRJ LAMBAK KIRI
: MASJID KAMPONG LIMAU MANIS
: MASJID KAMPONG KAPOK MUARA
: MASJID KAMPONG BOLKIAH, KG SERUSOP
: MASJID JUBLI PERAK, SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Daerah Belait:
PEJABAT HAL EHWAL UGAMA, DAERAH BELAIT

Daerah Tutong:
DEWAN MASJID HASSANAL BOLKIAH,

Daerah Temburong:
PWD 175, BANGUNAN JABATAN HAL EHWAL SYARIAH,
PEJABAT UGAMA


Jadual Kursus bagi peserta
lelaki ialah pada hari Selasa & bagi perempuan pula ialah hari Rabu.



* Source: http://www.religious-affairs.gov.bn
PerkahwinanKu
Direktori Perkahwinan Terunggul Brunei
Pengenalan
-Pengiklanan-
Hubungi Kami
Adat
Perkahwinan
Mini Forum
Perkahwinan
Persediaan
Perkahwinan
Pengetahuan
AM
Perkahwinan
dalam Islam