|
|




Persediaan Perkahwinan |
Apabila tibanya perasaan untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya, dari hanya sekadar kenalan menjadi pasangan kekasih, dari pasangan kekasih pula timbul rasanya ingin menjadikannya pasangan hidup. Di sini mulalah bermain di fikiran akan apa persiapan-persiapan yang perlu dibuat sebelum menempuh hari perkahwinan yang sangat dinanti-nantikan itu. Bagi apa saja jenis persiapan perkawinan, yang paling penting ialah mengetahui status kewangan kitani. Berapakah jumlah yang dirasa-rasakan mencukupi bagi..Dalam Islam, membazir adalah sangat dilarang, oleh itu, yang penting ialah kita berbelanja dengan yang semampunya dan memadai sahaja. Di antara perkara-perkara yang perlu di ambil kira dalam membuat persiapan belanjawan perkahwinan adalah seperti di bawah ini; |
Kembali ke Laman Utama |
PerkahwinanKu |
Direktori Perkahwinan Terunggul Brunei |
Pengenalan |
-Pengiklanan- Hubungi Kami |
Adat Perkahwinan |
Mini Forum Perkahwinan |
Persediaan Perkahwinan |
Pengetahuan AM |
Perkahwinan dalam Islam |
1. Mas Kahwin 2. Belanja Hangus 3. Cincin - Pembuka Mulut, Pertunangan, Nikah 4. Barang-Barang Hantaran 5. Jong Sarat 6. Katering - nikah, berbedak, bersanding, dsb 7. Kad jemputan - keluarga, kawan, rakan kerja 8. Pakaian Pengantin - membuat atau membeli? 9. Buah Tangan - untuk tetamu 10. Penyewaan Pelamin 11. Penyewaan Gangsa untuk Berian 12. Bunga telor 13. Jurugambar 14. Sound Sistem 15. Pengangun 16. Berbulan Madu |
*Perkara yang disenaraikan hanyalah sekadar panduan sahaja & mungkin berbeza diantara amalan sesebuah keluarga. Selain dari aspek kewangan, adalah penting juga bagi seorang bakal pengantin untuk menjaga tahap kesihatan diri, dari kedua-dua segi kesihatan iaitu, fizikal dan juga mental. Bersukan memanglah tidak dilarang, tetapi ada baiknya dilakukan dalam tahap yang sederhana memandangkan menjelangnya hari tersebut untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini. |